"sekadar nukilan"


Breaking News

About Me

Thursday, 20 March 2014

Tips Kebahagiaan Rumah Tangga



Assalamualaikum, Disini ingin saya berkongsi serba sedikit mengenai tips kebahagiaan rumah tangga. Segala apa yang saya kongsikan disini adalah berdasarkan pengalaman saya yang tidak begitu banyak. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan sekiranya ada yang tidak betul atau menyinggung mana-mana pihak.

Rasanya ramai yang dah berumah tangga dan ingin berumah tangga. Namun adakah kita semua sudah mempunyai perancangan yang cukup serta bersedia dengan perkara ini? Jika kita lihat kebanyakan perkahwinan di kalangan golongan muda sekarang ini rata-rata akan berakhir dengan perceraian. Punca perceraian pula kadang-kadang hanya perkara remeh sahaja.

Ini adalah antara tips yang ingin saya kongsikan:

1) Sabar dalam menghadapi apa jua rintangan. Sesungguhnya segala ujian dan rintangan ini adalah ujian Allah dan ada hikmah disebaliknya.

2) Bertolak ansur dalam semua perkara. Berbincang adalah jalan terbaik dan bukan dengan cara memukul isteri atau memaki hamun suami. Namun sekali-sekala pergaduhan dalam rumah tangga juga perlu bagi mengeratkan hubungan antara pasangan. Saya juga pernah menghadapi masalah ini. Alhamdulillah segalanya dapat dihadapi dengan baik.

3) Luangkan masa bersama setiap hari walaupun hanya satu jam. Walaupun sepenat mana kita bekerja, luangkanlah sedikit masa bersama pasangan setiap hari kerana dengan cara ini pasangan akan rasa dihargai.

4) Berhias untuk suami sangat penting ketika dirumah. Jangan hanya berhias ketika keluar sahaja dan dirumah hanya pakai kain batik dan t-shirt buruk sahaja. Sekali-sekala pakailah pakaian yang kemas dan pakai sedikit wangian insyaAllah suami takkan cuba beralasan untuk keluar rumah dan pergi minum kopi dengan rakan-rakan.

5) Bantu isteri di rumah seperti membasuh pinggan, basuh baju atau menyapu rumah. Isteri pasti rasa terharu dan rasa bebannya telah diringankan oleh suami. Suami janganlah berat tulang ye.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini perkahwinan saya masih lagi utuh dan mesra dengan mengamalkan tips diatas. Diharapkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates