"sekadar nukilan"


Breaking News

About Me

Monday, 17 March 2014

Kronologi Kehilangan Pesawat MH370

Dunia telah digemparkan dengan kehilangan Pesawat MH370 milik Malaysian Airlines (MAS) pada hari Sabtu, 8 Mac 2014. Sehingga kini telah 10 hari Pesawat MH370 hilang tanpa sebarang petunjuk dan kehilangannya telah menjadi misteri dan perbualan hangat diseluruh dunia.

Berikut adalah Kronologi Kehilangan Pesawat MH370
(Sumber dipetik dari Astro Awani)


SABTU, 8 MAC 2014

12.41 Pagi
  • MH370 berlepas dari KLIA
  • Pesawat B777-200

1.30 Pagi
  • MH370 Terputus hubungan radar
  • Lokasi terakhir 120 batu nautika timur Kota Bharu sekitar Laut China Selatan

7.24 Pagi
  • MAS keluar Kenyataan pertama berkaitan kehilangan pesawat

11.00 Pagi
  • Sidang Media pertama Penerbangan Malaysia di KLIA

2.40 Petang
  • Sidang Media Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

6.28 Petang
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jumpa anggota keluarga penumpang di KLIA

7.05 Malam
  • Najib umum pesawat MH370 belum ditemui
  • Operasi diperluaskan babitkan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat

10.00 Malam
  • Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam belum disahkan



AHAD, 9 MAC 2014

9.00 Pagi
  • Sidang Media bersama Ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abd Rahman.
  • Pihaknya masih lagi menjalankan operasi mencari danmenyiasat pesawat berkenaan
  • Kawasan mencari diperluas

11.00 Pagi
  • Fokus Utama untuk mengesan pesawat
  • Terdapat kemungkinan pesawat berpatah balik
  • Lokasi berbeza perlu dikenal pasti
  • Pengesahan laporan tompokan minyak
  • Tiada serpihan ditemui
  • Siasatan diteruskan
  • Bekerjasama dengan Agensi Risikan Antarabangsa
  • Unit Risikan Malaysia aktif
  • Siasatan ke atas semua maklumat penumpang, termasuk 2 penumpang misteri.
  • Pegawai siasatan FBI kini berada di Kuala Lumpur.

1.00 Petang
  • Radar Ketenteraan menunjukkan kemungkinan pesawat berpatah balik
  • Misi mencari dan menyelamat diperluas di pantai barat Semenanjung Malaysia
  • Misi diperhebat dengan penambahan 40 kapal dan 22 pesawat
  • Hanya 2 penumpang disahkan guna pasport palsu dan siasatan terperinci dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates